Monday 26 December 2011

Memori Sepanjang Kelas BBk 3408 (Dr Normaliza Bt Abdul Rahim)

Pengalaman aku sepanjang kelas Sastera Dalam Multimedia yang diajar oleh Dr Normaliza memang banyak..Tak cukup tangan kot kalau nak bilang..
Sepanjang kelas BBK 3498 banyak perkara baru yang aku dapat dipelajari antaranya bagaimana membuat blog, website, video, majalah jadi spy tangkap gambar dan macam-macam lagi. Ada sekali tu kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan asas grafik. Ingatkan kena rujuk buku ke apa. Tengok-tengok kena gunting dan tampal gambar..Habis satu kelas bersepah untuk siapkan kerja nie, tapi yang pasti aku dan kawan-kawan happy masa buat tugasan nie.
Pengalaman yang mungkin aku tidak akan  lupakan ketika bermulanya episod kumpulan aku untuk membuat video..Memang tak pernah terlintas dekat fikiran aku kena buat video. Ingatkan masuk kelas belajar teori je, rupa-rupanya praktikal lagi teruk. Masa mula-mula nak buat video memang mengambil masa yang lama, maklumla takde bakat untuk jadi artis..Masa buat video nie aku yang tukang rakam, memang aku sakit perut menahan ketawa merakamkan kerenah rakan-rakan yang pelbagai ragam. Tak percaya aku cakap..korang boleh tengok video nie kat Youtube Cempaka Sari Production Mungkinkah Cover. Siap buat rakaman video, tinggal pula nak masuk kat Movie Maker..memang mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan video ini..sebabnya ini kali pertama buat movie maker...letih, seksa, geram semua boleh rasa masa nak buat video nie.. tapi kalau dah siap semua rasa letih terus hilang. Selepas berjaya membuat video miming dan telah upload kat Youtube aku happy la sebab dah siap buat kerja. Tapi rupa-rupa setiap dua minggu sekali mesti ada video baru yang mesti dihasilkan..
Video apa yang tak pernah buat (bunyi macam banyak sangat), video seram, sehala, dokumentari semua dah buat. Macam macam pengalaman aku dapat sepanjang membuat video ini.. Video seram sampaikan aku pun naik seram masa nak buat video nie. Kena marah kat jiran sebelah sebab bising sangat masa buat video, sebabnya diarong ingatkan ada orang histeria, rupa-rupa ada orang buat shooting tak berbayar kat blok..
Selepas itu kitaorang buat video sehala..bunyi macam senang tapi dalam video nie kena menari la pula. Memang meletihkan, sebab nak kena ingat setiap step tarian yang nampak ringkas tapi agak sukar untuk dilakukan. Kalau pandai menari takpe la juga nie..adoiii korang tengok la sendiri video tuu..
Video yang paling aku enjoy mestilah video ini "misi". Memang best buat video nie, siap rakam dalam hujan lagi sambil buat aktiviti  hujung minggu kitaorang..Tapi video nie tak mencabar macam video dokumentari. Sebabnya masa buat video nie, aku dihampiri oleh anjing liar..perasaan aku tak payah citer la takut, seram sejuk semua ada, dalam kepala aku duk fikir satu je, matila aku kena gigit dekat anjing nie.. Sekarang aku dah rasa apa yang dirasai oleh Adda Siempre masa dia sibuk buat aktiviti hujung minggu..
Pengalaman yang aku rasa semua orang tak boleh lupa pastinya tak cukup tidur setiap hari rabu.. Nak buat macam mana video tak siap lagi esok hari khamis dah nak present..dan menjadi satu kebiasaan  setiap hari khamis mesti mata dah jadi macam panda. Tapi bagi aku kelas nie tetap buat aku happy...
Sastera dalam Multimedia daebak...

Kalau nak kenal dengan lecturer kami, rajin-rajin la berkunjung ke blog DrNotts
http://aammwa.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment