Monday 26 December 2011

Memori Sepanjang Kelas BBk 3408 (Dr Normaliza Bt Abdul Rahim)

Pengalaman aku sepanjang kelas Sastera Dalam Multimedia yang diajar oleh Dr Normaliza memang banyak..Tak cukup tangan kot kalau nak bilang..
Sepanjang kelas BBK 3498 banyak perkara baru yang aku dapat dipelajari antaranya bagaimana membuat blog, website, video, majalah jadi spy tangkap gambar dan macam-macam lagi. Ada sekali tu kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan asas grafik. Ingatkan kena rujuk buku ke apa. Tengok-tengok kena gunting dan tampal gambar..Habis satu kelas bersepah untuk siapkan kerja nie, tapi yang pasti aku dan kawan-kawan happy masa buat tugasan nie.
Pengalaman yang mungkin aku tidak akan  lupakan ketika bermulanya episod kumpulan aku untuk membuat video..Memang tak pernah terlintas dekat fikiran aku kena buat video. Ingatkan masuk kelas belajar teori je, rupa-rupanya praktikal lagi teruk. Masa mula-mula nak buat video memang mengambil masa yang lama, maklumla takde bakat untuk jadi artis..Masa buat video nie aku yang tukang rakam, memang aku sakit perut menahan ketawa merakamkan kerenah rakan-rakan yang pelbagai ragam. Tak percaya aku cakap..korang boleh tengok video nie kat Youtube Cempaka Sari Production Mungkinkah Cover. Siap buat rakaman video, tinggal pula nak masuk kat Movie Maker..memang mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan video ini..sebabnya ini kali pertama buat movie maker...letih, seksa, geram semua boleh rasa masa nak buat video nie.. tapi kalau dah siap semua rasa letih terus hilang. Selepas berjaya membuat video miming dan telah upload kat Youtube aku happy la sebab dah siap buat kerja. Tapi rupa-rupa setiap dua minggu sekali mesti ada video baru yang mesti dihasilkan..
Video apa yang tak pernah buat (bunyi macam banyak sangat), video seram, sehala, dokumentari semua dah buat. Macam macam pengalaman aku dapat sepanjang membuat video ini.. Video seram sampaikan aku pun naik seram masa nak buat video nie. Kena marah kat jiran sebelah sebab bising sangat masa buat video, sebabnya diarong ingatkan ada orang histeria, rupa-rupa ada orang buat shooting tak berbayar kat blok..
Selepas itu kitaorang buat video sehala..bunyi macam senang tapi dalam video nie kena menari la pula. Memang meletihkan, sebab nak kena ingat setiap step tarian yang nampak ringkas tapi agak sukar untuk dilakukan. Kalau pandai menari takpe la juga nie..adoiii korang tengok la sendiri video tuu..
Video yang paling aku enjoy mestilah video ini "misi". Memang best buat video nie, siap rakam dalam hujan lagi sambil buat aktiviti  hujung minggu kitaorang..Tapi video nie tak mencabar macam video dokumentari. Sebabnya masa buat video nie, aku dihampiri oleh anjing liar..perasaan aku tak payah citer la takut, seram sejuk semua ada, dalam kepala aku duk fikir satu je, matila aku kena gigit dekat anjing nie.. Sekarang aku dah rasa apa yang dirasai oleh Adda Siempre masa dia sibuk buat aktiviti hujung minggu..
Pengalaman yang aku rasa semua orang tak boleh lupa pastinya tak cukup tidur setiap hari rabu.. Nak buat macam mana video tak siap lagi esok hari khamis dah nak present..dan menjadi satu kebiasaan  setiap hari khamis mesti mata dah jadi macam panda. Tapi bagi aku kelas nie tetap buat aku happy...
Sastera dalam Multimedia daebak...

Kalau nak kenal dengan lecturer kami, rajin-rajin la berkunjung ke blog DrNotts
http://aammwa.blogspot.com/





Friday 16 December 2011

Happy Friday

Sebabnya aku tak buat benda lain dah...
Duduk depan laptop je...
Layan Running Man n WGM...
Sampai tak ingat nak buat PITA
sebut pasal PITA je, mood aku dah berubah..
terus terang cakap...aku memang
tak suka buat PITA...

Prince Teukie...

Aku macam tak ada kerja je hari nie..
Sehari suntuk layan Korean Variety  Show..
Baru je habis tengok WGM Teukso..
Teukso memang sweet sangat..
Tak sabar nak tengok ep 10..
n macam mana ending dia nanti..
Aku gelak sorang2 time tengok show nie..

Wednesday 14 December 2011

Assignment

tengah sakit kepala menyiapkan assignment
yang siap separuh jalan...
harap-harap...dapat siap malam nie...

Tuesday 13 December 2011

Music n me...

Masa aku boring..
aku suka sangat dengar lagu nie..


13.12.11

Satu tarikh dimana berlangsungnya pameran di Foyer FBMK..
Alhamdullilah, Pameran Multimedia dan Wacana Ilmu ini berjalan dengan lancar...

       gelagat AJK Makanan pada hari kejadian








         sekitar pameran Multimedia 13.12.11









Monday 12 December 2011

sweet little thing..


sweet kan..siapa-siapa yang minat baca buku bolehlah beli penanda buku nie..
penanda buku nie exroomate aku yang buat..
siapa-siapa yang berminat boleh la beli dengan dia..
nie dia blog dia...

http://ohsayasukafelt.blogspot.com

Cuti Umum...

Hari nie cuti umum...
Tapi tak boleh nak cuti pun..
Dekat separuh hari juga la aku habiskan masa di fakulti
Buat kerja apa yang patut..sebab..
Esok kitaorang ada buat pameran Bahasa dalam Multimedia..
Harap-harap majlis berjalan lancar...
Semua dijemput hadir yer..

Sunday 11 December 2011

Movie

Aku dah lama tak tengok citer Merlin..
Hari nie tiba-tiba je rasa nak tengok Merlin season  4..
Tapi line slow la pulak..
Terpaksa la aku download..
Demi citer sanggup je aku tunggu
Kalau buat assignment, mula la aku rasa ngantuk..
Bila la aku nak berubah nie..
Next sem kot....


                                      pinjam pak cik google

Kampung!!!

Rasa nak balik kampung je..
Cik Ayu and family balik rumah..
Lama dah tak jumpa n main dengan kakak, Erika and baby..
Rindu nyer kat diaorang....

Aktiviti Hujung Minggu....

Hari nie aku letih sgt...tgh hari tadi aku buat mission impossible yang kedua.....
Mission berjalan lancar..maklumlah cuaca pun ok..
2 jam kemudian..aku buat video baru..tapi tak siap lagi..
Kena sambung lain kali la pulak..
Lepas je buat video..aku pergi bilik exroomate aku..
Dia ada buat makan2 sikit..
Jadi aku makan la sampai kenyang..
Sampai tak larat dah nak balik bilik..
Ni la akibat nyer kalau aku terlebih makan...

Saturday 10 December 2011

Website

Akhirnya siap juga website aku...
Ia berkaitan dengan dunia Kesusasteraan Melayu
kalau ada masa jemput-jemput la berkunjung..

http://cahayailmusastera.weebly.com

Pakaian Tradisional Melayu...

Mission Impossible (Cempaka Sari)

Me...

Baru check result untuk Tocie..yepii aku lepas, tak perlu repeat untuk next semester...
Finishing school dan Tocie aku dah buat dengan jayanya...
Tinggal lagi PITA je..
Sebut pasal PITA je aku dah jadi stress....

Monday 5 December 2011

boring...

kerja banyak...tapi aku rasa malas nak buat la pulak...
dari tadi aku duk layan lagu je..

Wednesday 2 November 2011

Langit Yang Berduka


Langit yang mendung
Kurenung dari jendela
Membuatku berfikir seketika
Apa yang membuat langit berduka?
Langit yang mendung
Tiba-tiba menitiskan air mata
Lalu membasahi bumi kita
Yang sentiasa kering dan sengsara
Akibat perlakuan manusia
Titisan hujan yang tiba
Mungkin menyampaikan satu berita
Kepada kita wahai manusia
Agar tidak alpa dalam dunia sementara
Sedarlah wahai manusia
Alam sekeliling sedang menderita
Akibat perbuatan kita
Yang sentiasa memburu dunia sementara



....Perkara Yang Tidak Boleh Dilupakan....

Sepanjang hidup aku terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Kenangan dan peristiwa inilah juga membuat hidup aku menjadi ceria dan penuh dengan warna-warni.....                                                                                    
Perkara yang tidak boleh dilupakan dalam hidup aku pastinya ketika mula-mula masuk UPM. Bukan sebab terlalu gembira ke apa, tapi disebabkan aku accident 2 hari sebelum mendaftar masuk UPM. Perkara ini berlaku ketika aku kalut nak buat persiapan ke UPM. Aku accident  dengan kawan aku, dia pun nak daftar masuk U jugak. Masa tuu kami dalam perjalanan ke rumah tukang jahit, entah macam mana aku tak perasan dan tak ingat jalan kat situ ada lubang yang agak besar dan berpasir....korang mesti boleh bayangkan.....aku dengan tiba-tiba terus je brek mengejut.....dan sedar-sedar aku dan kawan aku dah tertiarap atas jalan raya...... Masa tuu aku jatuh betul-betul depan kedai runcit kawan abang aku, dan time tuu dia dan beberapa orang kawan dia syok je tengah lepak depan kedai.aaaa malunya, dah la jatuh sorang-sorang, takde pun berlanggar dengan sape-sape.... Masa berlaku accident tuu aku takut kawan aku cedera teruk, mana taknya esok lusa nak daftar masuk U. Kalau dah patah riuk macam mana nak pergi. Nasib baiklah dia cedera sikit je....cuma aku jelah habis kaki tangan yang cedera. Lepas accident tuu aku boleh lagi bawa motor hantar kawan aku balik.Time tuu tak rasa sakit sangat, tapi bila sampai je rumah aku, aku dah mula rasa sakit......waaaa rasa nak nangis pun ada masa tuu.....

Wednesday 19 October 2011

Jawapan bagi 3 J.....

Jasper...
            -mungkin hantu,sebab Dr.Notts selalu cerita mengenai      
              Jasper dikawasan perkuburan berdekatan dengan rumah
              Dr. Notts di Nottingham
            
Jonah....
            -mungkin kawan sebab Dr. Notts ada post  rindu
              dengan kawan Dr. Notts
            -mungkin juga John dan Jonah orang yang sama
            -mungkin panggilan bagi anak Dr. Notts
John....
            -Mungkin panggilan bagi seseorang
            -dan nama tempat

             

Saturday 17 September 2011

Anak Saudaraku =>

 -Damia Erika-

                                  
                                       -Damia Elisya-
                                        -Dania Ezzaty-

Warna-warni Kehidupan







Perjalananku
Penuh dengan pelbagai warna
Hitam putihnya mematangkan usia
Adakala ceria adakala berduka
Semua itu mengajar aku erti
Hidup sebenar di dunia 
Setiap detik dan ketika 
Pelbagai ragam manusia yang ku jumpa 
Mewarnai jalur hidupku
Yang cuma seketika
Akan ku cuba harunginya 
Moga tidak ku tenggelam 
Oleh arus gelombang dunia